Monday, May 16, 2011

En Apik Vs Mat Ikan





Perlawanan Liga Patin Chuck yang sangat Mendebarkan

Senjata Mat Ikan


Umpan Roti Ramuan Berperisa Pandan









Encik Apik ( kiri dalam gamba) pernah berkata" ala...mancing kolam kebun, selipar jepun potong dadu pun makan..." Bila mat ikan terbakar dgn kata-kata itu lantas ,meracun en apik untuk menduga di kolam kebun nie.Pertarungan dimulakan pada pukul 3 petang dan berakhir pada pukol 7 petang.

Jam Pertama: Balingan umpan en Apik yg ke-4 telah memecah kebuntutan kolam kebun apabila mesin katak beliau menjerit memuntahkan tali fireline bahana daripada patin bujang kebun.oleh itu en apik telah memperoleh mata pertama daripada patin yg berjaya dinaikkan.saiz bujang skala 3 kg je. Joran mat ikan terus sepi seolah olah di sabotaj oleh sumpahan en apik mungkin.xpe2..mat ikan still lagi nampak cool even ada sket marah.


Jam kedua:balingan ke tengah kolam . 3 minit kemudian,kroakkkkkkk...
Sekali lagi joran en apik telah memecah kebuntutan kolam kebun apabila perambut gantung nye di ragut patin bujang sekaligus memberi mata ke dua.kedudukan skrg 2-0 .mat ikan masih terpinga-pinga memikirkan kenapa umpan nye tidak diusik.xpe cuba lagi mat ikan...akan bersambung...

Rekod Terbaik Bulan Ini


Dengan berbekal kan umpan straberry dan beberape campuran rahsia lain.akhirnya mat ikan telah berjaya menjerat patin gaban di Kolam Kebun,Kundang dengan seberat 11.5kg.Teknik yg di mainkan adalah Bottom.Kolam ini memang banyak patin gaban sehingga mencecah 18kg,16kg,14kg dan 8-9kg tu xpayah ckp la ,cukup banyak..tp agak susah untuk menjerat depa sebab patin baby akan dulu mengacau umpan anda.huhu..tula..bukan senang nak dpt patin abah nie.ha..sesape nak try kolam kebun ni sila la pm saya k..jum serang sesame.kolam ni unik sekali.sebab mengenakan harga yg sgt murah untuk mereka yg mahu lepas gian semata-mata.nak masuk byr rm6 je untuk mancing dr pukul 8 am to 9 pm.dibuka setiap hari.kalau nak bwk balik gak patin yg dapat tu ,kene la byr ikut kilo.patin sekilo rm4.tongsan sekilo rm7.

tp ade ke yg nak bwk balik makan ikan air tawar yg x sedap nie???

layan tarek suda laaa kawan......hahaha